Saya merasa terpanggil untuk memberi sedikit komen atas tulisan Guardian berkenaan isu sticker yang dikemukakan.
Saya merasakan adalah lebih baik kita menanggani isu ini dengan cara yang lebih professional. Cara teguran yang dilakukan oleh pemberiulasan pada 12Jun adalah dirasakan amat tidak membanggun. Kita harus menerima segala teguran sebagai suatu cara kita untuk menambah baikkan lagi apa yang telah dan akan kita lakukan. Kita tidak boleh mengganggap apa yang kita lakukan telah cukup. Mana-mana pakar motivasi selalu menyatakan, apabila kita telah merasa puas maka itu menandakan kita telah mula mematikan sikap membanggun kita.
Mungkin apa yang telah dilakukan setahun yang lalu merupakan pengajaran kepada Persatuan Penduduk. Mungkin pihak Persatuan dahulu kurang membincangkan atau kurang meneliti kesan dan akibatnya apabila menetapkan setiap kenderaan didaftarkan.
Saya ingin mengusulkan beberapa persoalan dan cadangan bagi pemerhatian pihak persatuan untuk dibincangkan diperingkat persatuan :
Persoalan:
Apakah sebenarnya matlamat penggunaan Sticker tersebut?
Apakah tindakan keatas kenderaan yang menghalang kenderaan lain dengan menarik break tanggan?
Apakah tindakan keatas mereka yang tidak membeli Sticker?
Bagaimana untuk menanggangi maklumat unit rumah dan nombor kenderaan yang telah pudar malah hilang?
Bagaimana pula dengan motosikal? Mereka juga sering melakukan halangan bagi jalan laluan pejalan kaki?
Cadangan :
Matlamat penggunaan Sticker haruslah dijelaskan kepada penduduk agar mereka faham tujuan sebenarnya.
Peraturan-peraturan meletak kenderaan haruslah dinyatakan dengan jelas dan dipamirkan di beberapa tempat strategik.
Denda haruslah dikenekan keatas kenderaan yang melanggar peraturan-peraturan yang telah ditetapkan. Saya mencadangkan penggunaan mata kesalahan dikenekan. Bagi yang melebihi mata tertentu mereka harus dihalang memasuki kawasan cendana bagi tempoh tertentu.
Persatuan harus memisahkan yuran menganggotai persatuan dan membeli Sticker. Persatuan harus memikirkan juga bagaimana penduduk yang tinggal di Cendana ini tidak ingin menyertai Persatuan. Kita tidak boleh menghalang mereka untuk meletak kenderaan mereka didalam Cendana kerana mereka juga berhak keatas petak-petak parking di cendana.
Motosikal juga harus dikenekan sticker dan didaftarkan dengan Persatuan dan harus tertakluk dengan peraturan-peraturan yang di kenekan.
Saya benar-benar mengharapkan pihak persatuan benar-benar membincangkan peraturan-peraturan dan denda-denda yang ingin dilaksanakan sebelum penguatkuasaan Sticker dijalankan. Apabila telah dibincangkan, saya berharap ianya dimaklumkan kepada penduduk terlebih dahulu. Salinan peraturan (jika perlu, mereka harus menandatangani persetujuan dengan peraturan-peraturan tersebut) harus diberi kepada setiap tuan punya kenderaan semasa mereka membeli sticker.
Semoga dengan sedikit pandangan saya ini dapat menggerakan lagi matlamat penggunaan Sticker di Cendana ini.