Selasa, 27 Mei 2008

Sejuta_wajah65 menulis

assalamualaikum saudara *****..

Di sini saya ingin mencadangkan supaya blog cendana diadakan forum untuk pelayar-pelayar blog ini...satu lagi,knp setiap komen yang bernas tidak di tampal di papan kenyataan..sebab bagi mereka yang tak ada internet,tak dapat la nak tengok..itu saja pandangan dan cadangan saya.
Semoga kita boleh bertukar-tukar pendapat dilain masa.

sejuta_wajah65.


Jawapan
Dari Pengurus Blog

Saya terpaksa menghilangkan nama yang disebut. Ini adalah bagi tujuan keselamatan blog dan tuan yang punya nama tersebut(keizinan perlu diperolehi). Untuk maklumat pengunjung blog, saya bukanlah orang yang dimaksudkan.
Berkenaan ruang forum, buat masa ini ia masih dalam perhatian kerana kita harus mempunyai pengunjung blog yang cukup. Jika tidak, ia tidak akan dirasakan aktif.
Berkenaan idea dan komen yang bernas dan tidak ditampal di papan kenyataan, saya biarkan kepada pihak-pihak persatuan untuk menjawabnya.
Sehingga kini saya masih belum mendapat sebarang respond dari sebarang persatuan untuk dipaparkan senarai AJK-AJKnya. Harap pengunjung dapat memohon agar pihak persatuan dapat memberi kerjasama bagi manafaat penduduk.

Tiada ulasan: