Pada awal minggu lepas saya telah menampal beberapa iklan untuk mewar-warkan blog ini. Tujuan saya hanya satu, memberi peluang warga cendana untuk bertukar-tukar pendapat. Tetapi amat malang sekali, iklan saya hanya bertahan hanya untuk satu hari setengah sahaja. Lebih mengecewakan, iklan yang saya tampal di papan kenyataan hanya bertahan tidak pun sampai 2jam. Kalau iklan di papan kenyataan mungkin kedudukannya rendah dan senang di cabut oleh kanak-kanak, apakah iklan saya yang ditampalkan di atas pintu-pintu lift juga mampu ditanggalkan oleh kanak-kanak?
Persoalannya, apakah suatu kesalahan besar untuk saya menampal iklan tersebut tanpa mengotorkan dinding berbanding dengan iklan-iklan untuk menyewa rumah, menjual kad top-up dan iklan pemasangan astro serta pembaikan paip yang ditampal dan di cop pada tiap dinding pintu-pintu rumah kita?
Pada awal hari ini saya menampal lagi iklan tersebut. Saya begitu teliti untuk menampal agar ia tidak meninggalkan kesan jangka panjang pada dinding lift atau pada papan kenyataan. Kita sama-samalah lihat berapa lama pula ia mampu bertahan.
Saya mohon agar pihak persatuan memberi kerjasama. Biar kita sediakan suatu ruang untuk warga Cendana mengluarkan pendapat, komen dan teguran2 mereka. Perlulah kita sedar, hanya dengan teguran dan pandangan orang ramai akan membuat kita lebih terbuka minda.
Saya telah menyediakan suatu ruang khas di blog untuk persatuan-persatuan di Cendana menyalurkan maklumat dan suatu ruang untuk warga Cendana membuat iklan atau memasarkan perkhidmatan dan produk mereka. Dengan cara ini, setiap warga babas untuk melihat dan membaca tulisan warga lain, mengetahui actviti2 persatuan dan saling berurusniaga sesama warga cendana.
Semoga dengan sumbangan saya yang sedikit ini dapat mengeratkan lagi hubungan kita sesama warga cendana.
3 ulasan:
MEMANG SALAH PUN.MANA BULEH SESUKA HATI MENAMPAL DIMERATA TEMPAT.KITAKAN ADA PAPAN KENYATAAN.KNP NAK TAMPAL DIDINDING,DLM LIF...
YG MEMBUANG MMG BUKAN BUDAK2,TAPI ORG MAINTENANCE NGN CLEANER..SEJAK DULU LG KT TAU YG PIHAK DWITASIK XBENARKN APA2 IKLAN DITAMPAL DIMERATA TEMPAT.SAKIT MATA MEMANDANGNYA..
MEMANG LAH SALAH...PERBUATAN INI BOLEH MENJADI IKUTAN KEPADA JENERASI MUDA DAN ANAK-ANAK KITA...BERIKAN LAH CONTOH YANG TERBAIK KEPADA MEREKA KERANA MEREKA BAKAL MENERAJUI CENDANA APARTMENT PADA MASA AKAN DATANG.PIHAK PENGURUSAN CENDANA APARTMENT DAN BADAN PENGURUSAN BERSAMA PANGSAPURI CENDANA TELAH MENYEDIAKAN TEMPAT YANG SESUAI UNTUK MENAMPAL IKLAN,JADI GUNAKAN TEMPAT ITU DENGAN SEBAIK MUNGKIN....KEBERSIHAN DAN KEINDAHAN CENDANA APARTMENT ADALAH TANGGUNGJAWAB SETIAP PENDUDUK....MUGA SETIAP PENDUDUK CENDANA DAPAT BEKERJASAMA DALAM HAL INI......DRP: PENGHUNI TETAP CENDANA YANG CINTAKAN KEBERSIHAN,KEINDAHAN DAN KECERIAAN.
Catat Ulasan