Ahad, 22 Jun 2008

Sticker, Parking dan Kenderaan

Saya merasa terpanggil untuk memberi sedikit komen atas tulisan Guardian berkenaan isu sticker yang dikemukakan.

Saya merasakan adalah lebih baik kita menanggani isu ini dengan cara yang lebih professional. Cara teguran yang dilakukan oleh pemberiulasan pada 12Jun adalah dirasakan amat tidak membanggun. Kita harus menerima segala teguran sebagai suatu cara kita untuk menambah baikkan lagi apa yang telah dan akan kita lakukan. Kita tidak boleh mengganggap apa yang kita lakukan telah cukup. Mana-mana pakar motivasi selalu menyatakan, apabila kita telah merasa puas maka itu menandakan kita telah mula mematikan sikap membanggun kita.

Mungkin apa yang telah dilakukan setahun yang lalu merupakan pengajaran kepada Persatuan Penduduk. Mungkin pihak Persatuan dahulu kurang membincangkan atau kurang meneliti kesan dan akibatnya apabila menetapkan setiap kenderaan didaftarkan.

Saya ingin mengusulkan beberapa persoalan dan cadangan bagi pemerhatian pihak persatuan untuk dibincangkan diperingkat persatuan :

Persoalan:
Apakah sebenarnya matlamat penggunaan Sticker tersebut?
Apakah tindakan keatas kenderaan yang menghalang kenderaan lain dengan menarik break tanggan?
Apakah tindakan keatas mereka yang tidak membeli Sticker?
Bagaimana untuk menanggangi maklumat unit rumah dan nombor kenderaan yang telah pudar malah hilang?
Bagaimana pula dengan motosikal? Mereka juga sering melakukan halangan bagi jalan laluan pejalan kaki?

Cadangan :
Matlamat penggunaan Sticker haruslah dijelaskan kepada penduduk agar mereka faham tujuan sebenarnya.

Peraturan-peraturan meletak kenderaan haruslah dinyatakan dengan jelas dan dipamirkan di beberapa tempat strategik.

Denda haruslah dikenekan keatas kenderaan yang melanggar peraturan-peraturan yang telah ditetapkan. Saya mencadangkan penggunaan mata kesalahan dikenekan. Bagi yang melebihi mata tertentu mereka harus dihalang memasuki kawasan cendana bagi tempoh tertentu.

Persatuan harus memisahkan yuran menganggotai persatuan dan membeli Sticker. Persatuan harus memikirkan juga bagaimana penduduk yang tinggal di Cendana ini tidak ingin menyertai Persatuan. Kita tidak boleh menghalang mereka untuk meletak kenderaan mereka didalam Cendana kerana mereka juga berhak keatas petak-petak parking di cendana.

Motosikal juga harus dikenekan sticker dan didaftarkan dengan Persatuan dan harus tertakluk dengan peraturan-peraturan yang di kenekan.

Saya benar-benar mengharapkan pihak persatuan benar-benar membincangkan peraturan-peraturan dan denda-denda yang ingin dilaksanakan sebelum penguatkuasaan Sticker dijalankan. Apabila telah dibincangkan, saya berharap ianya dimaklumkan kepada penduduk terlebih dahulu. Salinan peraturan (jika perlu, mereka harus menandatangani persetujuan dengan peraturan-peraturan tersebut) harus diberi kepada setiap tuan punya kenderaan semasa mereka membeli sticker.


Semoga dengan sedikit pandangan saya ini dapat menggerakan lagi matlamat penggunaan Sticker di Cendana ini.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

saya terpanggil untuk mengulas tentang sticker,parking dan kenderaan ini setelah saya beberapa kali berjumpa dengan bekas ajk persatuan penduduk.menurut bekas ajk persatuan itu..tujuan asal kegunaan sticker ialah untuk memantau kereta luar dari parking di dalam kawasan cendana....tetapi di sebabkan sikap penduduk cendana sendiri yang memberi ruang kepada sahabat dan saudara mara mereka yang tinggal berjiran dengan cendana menggunakan alamat rumah mereka untuk mendapatkan sticker maka terdapat lebihan kereta yang bersticker parking dalam cendana sekarang seumpama macam ikan sardin,mereka-mereka ini masuk parking kereta dalam cendana kemudian naik ke rumah sahabat atau saudara mara mereka di blok a atau b dan beberapa minit kemudian keluar berjalan kaki dengan selambanya ke rumah mereka di lestari mahupun di mentari...setiap kali pemantauan dan pemeriksaan di lakukan mereka-mereka ini akan berkata bahawa mereka pinjam kereta saudara mara atau sahabat mereka yang tinggal di cendana.
mengenai parking pula...setahu saya dalam kawasan cendana ada sebanyak 340 petak parking....rumah di cendana ada 770 unit....ini bermakna satu petak parking di kongsi oleh 4 unit rumah mana nak cukup...siapa cepat dia lah yang dapat petak parking...sekarang ini untuk masuk ke kawasan cendana amat sukar kerana penduduk cendana sendiri yang tiada kesedaran sivik meletak atau parking kereta mereka sedap hati mereka..kalau nak parking double tu pasti kan kereta anda di parking dengan lurusssss...apabila kereta dalam petak parking nak keluar..mereka akan senag tolak kereta anda dan kereta anda tidak menggangu kereta lain yang keluar masuk ke cendana....pikir-pikir lah sendiri anda semua dah beranak pinak buat lah contoh terbaik untuk generasi cendana yang akan datang.....sekarang ini jalan dalam kawasan cendana telah di jadikan jalan sehala....maka kita sebagai penduduk cendana patut lah ikut peraturan itu....untuk kebaikan semua penduduk....janganlah nak tunjuk sikap keras kepala anda...anda belum berjumpa buku dengan ruas...kalau dah berjumpa buku dengan ruas barulah anda tahu....akibatnya....drp: penduduk tetap cendana yang inginkan kedamaian dan keharmonian "cendanaku surgaku"