Saya siarkan email beliau di bawah ini.
saudara,
syabas dan tahniah atas lahirnya blog untuk cendana apt ini..
semoga dengan adanya blog ini dapatmemperbaiki lagi yg kurang di cendana apt ini..adakah saudara menyertai mesyurat cendana apt yg baru lepas..
kalau boleh di siarkan apa apa yg di bentangkan dan dibahaskan dan di luluskan dalam mesyuarat itu..
adakah saudara juga ajk? atau berjawatan dalam persatuan? kalau berjawatan dalam persatuan ok..kalau tak nanti persatuan akan bising pulak..
sebenarnya tentang parking motor ini ..issue lama..dah lama suruh buat parking bebumbung di kaw motor di rumah sampah tu...tapi sampai sekarang nothing..
mungkin saudara boleh buat link untuk forum?
bersambung lagi..
Dari email beliau tersebut, ingin saya menjawab beberapa soalan yang dikemukakan :
Jawapan saya :
Adalah tidak molek sekiranya saya menceritakan apa yang berlaku dimesyuarat penduduk yang lepas. Ini adalah kerana ia mungkin akan menimbulkan perkiraan atau tafsiran yang akan menjadi berat sebelah.
Saya mengharapkan sekiranya pihak persatuan terutama setiausaha dapat menulis kepada saya. Itu yang terlebih moleknya. Tetapi sekiranya sesiapa dari pihak persatuan merasakan tidak mahu menyumbang maka sesiapa yang hadir di mesyuarat penduduk tempoh hari adalah dialu-alukan untuk menulis. Walau bagaimanapun keutamaan adalah kepada AJK persatuan.
Samada saya ini adalah AJK atau pun tidak adalah tidak penting. Sumbangan sedikit ini yang dapat membantu membangunkan Pangsapuri Cendana ini, itu adalah yang lebih penting.
Bagi membuat link untuk forum itu, saya akan usahakan. Rasanya lebih elok kalau kita tengok dahulu respond dan dari penduduk terhadap blog ini.
Terima kasih kepada yang menulis.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan