Dengan begitu mudah mereka hanya mengecop sahaja dimana-mana mereka inginkan bagi tujuan iklan perkhidmatan atau produk mereka.
Apakah harus kita biarkan mereka sewenang-wenangnya menconteng dinding rumah kita? Apakah yang harus dilakukan bagi membenteras hal-hal sebegini?
Sekiranya ia tidak dibenteras, maka serupalah kita membenarkan perkara sedemikian dilakukan sesuka hati mereka.
Apakah bila diding rumah kita sudah seperti tandas awam baru kita ingin bertindak?
Sama-sama kita renungkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan