Selasa, 13 Mei 2008

Gejala Sosial di Cendana

Dari Nalla :

Gejala sosial di cendana juga tidak ketinggalan hebatnya mengikut arus ..amat sedih sekali bila mana kejadian maksiat berlaku di depan mata..nak di tegur nanti membahayakan anak bini...kita..

Sedih bila melihat rumah bujang perempuan sanggup membawa masuk boy friend masuk dalam rumah tanpa segan-silu..

Pernah satu ketika membuat aduan dengan persatuan bilamana di tengah malam si lelaki dah masuk dalam rumah..wakil persatuan kata ok....ingat ker nak datang buat rush..tapi habuk pun tarak.. jadi macam mana gejala sosial ini hendak di bendung?

Kita ada rukun tetangga?

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Mohon pihak surau, persatuan penduduk dan Rukuntetangga memantau perkara-perkara sebegini. Harap mereka ini ditegur dan di nasihat dahulu. Jangan terus menangkap kerana itu lebih bersifat menghukum. Selepas dinasihat ambil butir-butir peribadi mereka. Kalau didapati mereka mengulangi lagi, barulah usaha menangkap dan di serah kepada pihak berwajib dilakukan.

Tanpa Nama berkata...

aiyaa....
lu cakap manyak sinang...lu igt suka2 ka itu persatuan atau sulau mau tangkap olang bikin maksiat?...mana boleh itu macam loo...lu mau pigi sana itu jawi lulu,bikin lepot,daftar nama balu buleh buka fail...lepas itu lu balu boleh talipon itu jawi suluh tangkap itu olang...lagi satu,lu ala tulun ka ronda rukun tetangga..?jangan manyak cakap woo....
ini ahpek melaporkan dali 009..

Tanpa Nama berkata...

Saya tak ingat tarikh, tapi ini berlaku awal tahun ini..saya naik satu lif dgn seorang lelaki arnd umur 24 tahun, bertopi..lelaki tu menunjukkan kemalu**n nya kepada saya...mujur, tiada yg buruk berlaku..seru kepada semua penduduk yg ada anak2..pantau anak2 yg suka naik lif tanpa pengawasan keluarga...we never know what might happen..

Tanpa Nama berkata...

saLam kepada semua...
Disini tergerak rasa utk saya berkongsi mengenai perkara ini.Walaupun saya bukanlah AJK Persatuan Penduduk,tetapi dari pengamatan saya dan kita sedia maklum yang selama ini memang banyak berlaku kes-kes maksiat,skodeng,ragut,vandalisime dsb di tempat kita..
Sebenarnya kita sebagai penduduk atau lebih tepat manusia,apasalahnya kita bersama2 berganding bahu menangani perkara ini.Saya berpikiran terbuka.Dan saya pernah bersama AJK Surau dan AJK Persatuan pergi ke Blok B untuk memberi nasihat kepada peMAKSIATan ini.Sbbnya,saya taknak lihat anak bangsa kita terlebih maju tentang perkara seperti ini.
Kita janganlah hanya pandai menuding jari kepada badan-badan bertindak Cendana spt KRT,PPCA ataupun SURAU.Apakah anda ada bersama-sama berganding bahu dalam menjayakan program yang dianjurkan mereka?Apakah anda turun meronda KRT bersama mereka?,Apakah anda bergotong royong bila PPCA mengadakan majlis tertentu? atau Adakah anda bersama-sama bermusyawarah apabila Surau mengadakan program bersama penduduk?Fikir-fikirkanlah saudara..Jangan hanya pandai berkata-kata dan menuding jari tapi hakikatnya hempeh pun takde.
BAK KATA PEPATAH...KALAU TAKUT DILAMBUNG OMBAK,JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI, ALANG2 MENYELUK PERKASAM,BIAR SAMPAI KEPANGKAL LENGAN..