Dengan kejadian tersebut, pihak polis telah mengarahkan penduduk Pangsapuri Cendana turun bagi memberi laluan kepada pihak Bomba untuk memastikan pangsapuri kita selamat untuk diduduki.
Namun apa yang mengecewakan, walaupun telah beberapa kali diarah oleh pihak polis supaya semua penghuni turun tetapi masih terdapat beberapa penghuni yang masih berdegil.
Kejadian Pangsapuri Cendana bergegar ini bukanlah perkara pertama kali terjadi. Nampaknya ia telah menjadi perkara penting bagi penduduk dan pihak persatuan khasnya mengambil langkah-langkah tertentu bagi memberi kesedaran kepada penduduk akan cara-cara menghadapi kejadian gegaran ini jika berlaku lagi.
Kita perlu ada suatu cara yang sistematik bagaimana untuk mengumpulkan para penduduk bila sesuatu keadaan yang memerlukan seperti ini terjadi. Cara bagaimana untuk memaklumkan penduduk, tempat untuk berkumpul malah bantuan untuk membawa turun bagi penduduk-penduduk yang memerlukan bantuan seperti Orang kurang upaya, orang-orang tua, orang-orang sakit, ibu-ibu tunggal atau ibu-ibu yang mempunyai anak-anak kecil yang ramai dimana suami sedang keluar bekerja haruslah difikirkan.
Amat besarlah harapan saya sekiranya pihak persatuan dapat memikirkan sesuatu untuk perkara seperti diatas dengan kadar segera.
Namun amat menyedihkan juga pada masa kejadian adalah amat kurang saya perhatikan pihak AJK persatuan memainkan peranan dalam menghadapai keadaan pada malam tadi. Semoga saya salah menafsirkan atau saya terlepas pandang akan perkara ini.
Semoga dengan teguran ini dapat membawa kebaikan sesama kita antara Penduduk dan Persatuan.
3 ulasan:
ini kali pertama saya menulis kat sini. 1st of all terima kasih pada tuna punya blog sebab ada inisiatif wujudkan blog ini. saya yakin ramai yg membaca atau memerhatikan blog ini tapi tak beri respons dan mungkin ambil sikap sekadar baca dan lihat saja. tapi tak apalah tu kot. ok ulasan pertama saya kat sini ialah pasal gegaran yg berlaku semalam. oh ya by the way semalam saya tak perasan pun yg bomba ada buat pengumuman suruh turun sebab tak berapa dengar pengumuman tersebut. ok sebelum ini pun sebenarnya saya pernah merasa gegaran2 yg berlaku tapi saya tak ambil kisah nak turun sebab pada sebab apa mesti saya turun oleh kerana beberapa gegaran kecil. ok kat sini saya nak tanya apa rasionalnya patut saya kelam-kabut turun kebawah sebab macamlah bangunan ni nak runtuh padahal kalau turun pun pastu bila dah 1-2 pasti akan naik juga kerumah. lainla kalau saya ni ada sebiji rumah banglo kat tempat lain boleh jugak saya melarikan diri setiap kali ada gegaran kat cendana ni. ok sekarang saya nak tanya kat anda semua penduduk cendana apartmen ni korang semua tak malu ke bila tengok berita dan baca suratkhabar esok harinya mengatakan rumah korang bergegar dgn gambar orang tengah berkumpul ramai2 kat bawah dgn ada yg berkain pelikat tak terurus dan ada yg dressing selekeh macam orang tak gila semata-mata sebab kelam-kabut sangat nak turun bawah sebab dah kaget dgn sedikit gegaran kat bangunan cendana ni. korang tak malu ke bila esok harinya kawan2 korang kat ofis semua jadikan rumah korang ni sebagai bahan ketawa dgn panggilan 'rumah tsunami' atau 'rumah kau tak roboh ke semalam' atau 'macam highland towers je' atau 'tu la lain kali beli la rumah kat situ lagi'. korang tak malu ke? korang tak rasa malu ke asal gegar je mesti kawan2 korang kat ofis cari korang semata2 sebab nak tanya soalan 'roboh' ke tidak rumah anda. pastu kat suratkhabar lak especially metro dia punya ayat beria-ria seolah-olah macam la gegaran kat cendana ni macam ada gunung berapi meletup betul-betul kat sebelah blok A dan B. sampai boleh interview lagi tu dgn penduduk yg tak reti nak cover kediaman sendiri 'tiba2 saya rasa pening yg amat sangat dan rasa seolah-olah bangunan ni bergoyang dgn teruk kekiri dan kekanan dan rasa gegar agak lama sampai 5 minit'. saya nak tanya ni kepada penduduk yg ada beli rumah kat cendana ni korang tak rasa malu ke kediaman korang dijadikan bahan berita gempar sebab nak melariskan sangat jualan suratkhabar dan senyum sindir kawan2 korang kat ofis. tak malu ke? sepatutnya sebagai penduduk yg menetap kat cendana ni kita kena cover apa yg berlaku sebab kalau diheboh2kan pada suratkhabar dan orang yg tidak menetap disini akan hanya menjatuhkan air muka kelaurga dan diri sendiri. dan lagi satu saya juga rasa amat menyampah sebab setiap kali ada gegaran akan berbondong2 la penduduk yg turun kebawah pastu duduk berlonggok ramai2 sambil tak tahu apa nak buat. patutnya kalau betul ada gegaran bangunan korang kena keluar, turun dan pergi sejauh mungkin dari tapak bangunan yg bergegar dan bukan sekadar turun kebawah pastu duduk berlonggok kat tempat parking kereta dgn masing2 buat muka keliru macam beruk dlm zoo. tindakan korang semua duduk berlonggok ramai2 betul2 kat bawah hanyalah akan menjadi bahan pelaris cerita suratkhabar esok harinya.
kepada saudara/saudari yang tanpa nama ada mengulas berkaitan dengan rumah bergegar. Memanglah apartment tersebut tidak runtuk seperti 'highland towers'. tapi adalah menjadi satu langkah berjaga-jaga sebelum perkara yg buruk berlaku. bila dah rumah runtuh baru nak turun apa ke maknanya. Cuma di sini saya tidak bersetuju tempat berkumpul penghuni-penghuni tersebut. sepatutnya tempat berkumpul perlu di tempat yg lapang dan luas bukan di bawah bangunan tersebut. Lagi satu saya ingin mencadangkan supaya Apartment ini disediakan satu sistem alarms bila berlaku apa-apa kecemasan. ini kerana arahan pihak polis tidak kedegaran.
Sekian, terima kasih.
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada saudara owner blog yang mengambil inisiatif mengwujudkan blog ini untuk penghuni cendana apartment.
Mengulas mengenai "Cendana Bergegar lagi" saya berasa hairan dengan ulasan saudara "tanpa nama". Hello saudara... apa nak dimalukan.. itukan rumah kita.. bukan rumah haram... memang realiti pun apartment cendana bergegar.Kalau pihak bomba suruh turun, buatla apa yang disuruh. Pihak bomba lebih tahu tugas mereka. Janganla jadi bodoh sombong.. Saya cadangkan kalau saudara malu, dudukla tempat lain.
Saya setuju jika berita cendana bergegar disiarkan. Tak kira la diakhbar ke atau di media elektronik. Sekurang-kurangnya pihak pemaju dapat membuat pemantauan terhadap apartment cendana.
Saya juga bersetuju dengan saudara ke dua yang mencadangkan supaya satu sistem alarm disediakan samada oleh Persatuan penduduk atau pun pemaju.
Catat Ulasan