sejuta_wajah65.
Jawapan
Dari Pengurus Blog
Blog ini diwujudkan atas kapasiti persendirian dan bebas. Ianya adalah bertujuan bagi memberi sebarang komen, pujian, teguran, cadangan atau sebagainya yang dirasakan baik bagi pembangunan persekitaran penduduk.
Dengan kejadian tersebut, pihak polis telah mengarahkan penduduk Pangsapuri Cendana turun bagi memberi laluan kepada pihak Bomba untuk memastikan pangsapuri kita selamat untuk diduduki.
Namun apa yang mengecewakan, walaupun telah beberapa kali diarah oleh pihak polis supaya semua penghuni turun tetapi masih terdapat beberapa penghuni yang masih berdegil.
Kejadian Pangsapuri Cendana bergegar ini bukanlah perkara pertama kali terjadi. Nampaknya ia telah menjadi perkara penting bagi penduduk dan pihak persatuan khasnya mengambil langkah-langkah tertentu bagi memberi kesedaran kepada penduduk akan cara-cara menghadapi kejadian gegaran ini jika berlaku lagi.
Kita perlu ada suatu cara yang sistematik bagaimana untuk mengumpulkan para penduduk bila sesuatu keadaan yang memerlukan seperti ini terjadi. Cara bagaimana untuk memaklumkan penduduk, tempat untuk berkumpul malah bantuan untuk membawa turun bagi penduduk-penduduk yang memerlukan bantuan seperti Orang kurang upaya, orang-orang tua, orang-orang sakit, ibu-ibu tunggal atau ibu-ibu yang mempunyai anak-anak kecil yang ramai dimana suami sedang keluar bekerja haruslah difikirkan.
Amat besarlah harapan saya sekiranya pihak persatuan dapat memikirkan sesuatu untuk perkara seperti diatas dengan kadar segera.
Namun amat menyedihkan juga pada masa kejadian adalah amat kurang saya perhatikan pihak AJK persatuan memainkan peranan dalam menghadapai keadaan pada malam tadi. Semoga saya salah menafsirkan atau saya terlepas pandang akan perkara ini.
Semoga dengan teguran ini dapat membawa kebaikan sesama kita antara Penduduk dan Persatuan.