Ahad, 22 Jun 2008

Sticker, Parking dan Kenderaan

Saya merasa terpanggil untuk memberi sedikit komen atas tulisan Guardian berkenaan isu sticker yang dikemukakan.

Saya merasakan adalah lebih baik kita menanggani isu ini dengan cara yang lebih professional. Cara teguran yang dilakukan oleh pemberiulasan pada 12Jun adalah dirasakan amat tidak membanggun. Kita harus menerima segala teguran sebagai suatu cara kita untuk menambah baikkan lagi apa yang telah dan akan kita lakukan. Kita tidak boleh mengganggap apa yang kita lakukan telah cukup. Mana-mana pakar motivasi selalu menyatakan, apabila kita telah merasa puas maka itu menandakan kita telah mula mematikan sikap membanggun kita.

Mungkin apa yang telah dilakukan setahun yang lalu merupakan pengajaran kepada Persatuan Penduduk. Mungkin pihak Persatuan dahulu kurang membincangkan atau kurang meneliti kesan dan akibatnya apabila menetapkan setiap kenderaan didaftarkan.

Saya ingin mengusulkan beberapa persoalan dan cadangan bagi pemerhatian pihak persatuan untuk dibincangkan diperingkat persatuan :

Persoalan:
Apakah sebenarnya matlamat penggunaan Sticker tersebut?
Apakah tindakan keatas kenderaan yang menghalang kenderaan lain dengan menarik break tanggan?
Apakah tindakan keatas mereka yang tidak membeli Sticker?
Bagaimana untuk menanggangi maklumat unit rumah dan nombor kenderaan yang telah pudar malah hilang?
Bagaimana pula dengan motosikal? Mereka juga sering melakukan halangan bagi jalan laluan pejalan kaki?

Cadangan :
Matlamat penggunaan Sticker haruslah dijelaskan kepada penduduk agar mereka faham tujuan sebenarnya.

Peraturan-peraturan meletak kenderaan haruslah dinyatakan dengan jelas dan dipamirkan di beberapa tempat strategik.

Denda haruslah dikenekan keatas kenderaan yang melanggar peraturan-peraturan yang telah ditetapkan. Saya mencadangkan penggunaan mata kesalahan dikenekan. Bagi yang melebihi mata tertentu mereka harus dihalang memasuki kawasan cendana bagi tempoh tertentu.

Persatuan harus memisahkan yuran menganggotai persatuan dan membeli Sticker. Persatuan harus memikirkan juga bagaimana penduduk yang tinggal di Cendana ini tidak ingin menyertai Persatuan. Kita tidak boleh menghalang mereka untuk meletak kenderaan mereka didalam Cendana kerana mereka juga berhak keatas petak-petak parking di cendana.

Motosikal juga harus dikenekan sticker dan didaftarkan dengan Persatuan dan harus tertakluk dengan peraturan-peraturan yang di kenekan.

Saya benar-benar mengharapkan pihak persatuan benar-benar membincangkan peraturan-peraturan dan denda-denda yang ingin dilaksanakan sebelum penguatkuasaan Sticker dijalankan. Apabila telah dibincangkan, saya berharap ianya dimaklumkan kepada penduduk terlebih dahulu. Salinan peraturan (jika perlu, mereka harus menandatangani persetujuan dengan peraturan-peraturan tersebut) harus diberi kepada setiap tuan punya kenderaan semasa mereka membeli sticker.


Semoga dengan sedikit pandangan saya ini dapat menggerakan lagi matlamat penggunaan Sticker di Cendana ini.

Selasa, 10 Jun 2008

Guardian menulis :

July 2008 is just around the corner. Last year we have paid RM10 for car's sticker. My questions :

a) What has the AJK done to improve parking system at Cendana? NONE. I did not see any changes. people still double park. Those without stickers are still allowed to park their car at the Cendana's parking lots. So I dont see any difference whether you pay for the stickers or not.

b) Collection for the stickers' fee.How much did the Persatuan collect. Why this information has not been shared with us, the penduduk?. What has been spent with the money? The money that you have collected is our money. Can someone from the Persatuan please explain.

My answer to the above is simple. If the Persatuan cannot produce any concrete reason, I would like to call all the penduduks to just ignore the renewal fee.

Ahad, 1 Jun 2008

Salahkah saya menampal iklan blog ini?

Pada awal minggu lepas saya telah menampal beberapa iklan untuk mewar-warkan blog ini. Tujuan saya hanya satu, memberi peluang warga cendana untuk bertukar-tukar pendapat. Tetapi amat malang sekali, iklan saya hanya bertahan hanya untuk satu hari setengah sahaja. Lebih mengecewakan, iklan yang saya tampal di papan kenyataan hanya bertahan tidak pun sampai 2jam. Kalau iklan di papan kenyataan mungkin kedudukannya rendah dan senang di cabut oleh kanak-kanak, apakah iklan saya yang ditampalkan di atas pintu-pintu lift juga mampu ditanggalkan oleh kanak-kanak?



Persoalannya, apakah suatu kesalahan besar untuk saya menampal iklan tersebut tanpa mengotorkan dinding berbanding dengan iklan-iklan untuk menyewa rumah, menjual kad top-up dan iklan pemasangan astro serta pembaikan paip yang ditampal dan di cop pada tiap dinding pintu-pintu rumah kita?



Pada awal hari ini saya menampal lagi iklan tersebut. Saya begitu teliti untuk menampal agar ia tidak meninggalkan kesan jangka panjang pada dinding lift atau pada papan kenyataan. Kita sama-samalah lihat berapa lama pula ia mampu bertahan.



Saya mohon agar pihak persatuan memberi kerjasama. Biar kita sediakan suatu ruang untuk warga Cendana mengluarkan pendapat, komen dan teguran2 mereka. Perlulah kita sedar, hanya dengan teguran dan pandangan orang ramai akan membuat kita lebih terbuka minda.



Saya telah menyediakan suatu ruang khas di blog untuk persatuan-persatuan di Cendana menyalurkan maklumat dan suatu ruang untuk warga Cendana membuat iklan atau memasarkan perkhidmatan dan produk mereka. Dengan cara ini, setiap warga babas untuk melihat dan membaca tulisan warga lain, mengetahui actviti2 persatuan dan saling berurusniaga sesama warga cendana.



Semoga dengan sumbangan saya yang sedikit ini dapat mengeratkan lagi hubungan kita sesama warga cendana.