Ahad, 28 September 2008

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI

Blogger ingin mengucapkan "SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI" dan mohon maaf atas segala kelancangan kata dan segala kesilapan sekiranya ada kepada seluruh warga Pangsapuri Cendana. Semoga kita dapat meraikan hari mulia ini dengan lebih tawaduk.

Sedikit pesanan kepada mereka yang balik kekampung agar pastikan semua suiz dimatikan dan rumah berkunci. Sekiranya boleh, maklumkan kepada jiran yang tidak balik ke kampung agar dapat jiran tersebut mendengar-dengar dan memerhati-hatikan keadaan rumah anda. Selain dari itu maklumkanlah kepada pihak polis akan kekosongan rumah anda.

Kepada warga cendana yang tidak balik ke kampung, harap dapatlah kita sama-sama memerhatikan persekitaran agar Pangsapuri kita ini berada dalam keadaan yang selamat.

Kepada anak-anak yang pastinya begitu riang menyambut hari raya ini, agar dapat menjaga keselamatan dan jangan membahayakan diri dengan bermain mercun. Cukuplah dengan hanya bermain bunga api.

Bagi warga cendana yang memandu, harap dapat memandu dengan berhemah, semoga semua selamat sampai ke kampung masing-masing dan meraikan hari mulia ini bersama sanak-saudara.

Akhir kata dari saya semoga kita dapat meraikan hari mulia ini bersama-sama dan kembali semula bersua selepas hari raya nanti.


"Maaf zahir dan batin atas segala kesilapan dan kelancangan bahasa sekiranya ada"


Salam dari saya

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

"SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI" maaf zahir dan bathin kepada semua..saya terpanggil untuk menceritakan keadaan sebenar di cendana sepanjang cuti hari raya lalu...sepanjang tuan/puan balik kampung berhari raya keselamatan di cendana terjamin kerana setiap malam saya nampak en.nasir pengerusi badan pengurusan bersama pangsapuri cendan dan beberapa orang penghuni yang tidak pulang ke kampung telah mengambil inisiatif untuk meronda kawasan dan setiap tingkat blok a dab b setiap malam untuk menjamin keselamatan hartabenda dan kediaman tuan/puan selamat...kita patut mengucapkan terima kasih dan patut membantu / menyokong usaha en.nasir tersebut yang telah korbankan masa beliau untuk menjaga keselamatan cendana semasa penghuni lain bergembira berhari raya....saya cadangkan mari lah kita ramai-ramai mendaftar nama untuk meronda skim rondaan sukarela (s.r.s) rukun tetangga untuk mengukuhkan ukwah / silaturahim antara penduduk/penghuni cendana....sekian terima kasih

Tanpa Nama berkata...

kalau meronda ada elaun or pencen ke? makan di sediakan tak?

Tanpa Nama berkata...

TAK HABIS HABIS NAK KAN ELAUN BILA BUAT RONDAAN.AKU NAK TANYA KALIAN SEMUA PENDUDUK CENDANA KALAU RUMAH KALIAN DI PECAH MASUK OLEH PENCURI SIAPA YANG KALIAN NAK DI PERSALAHKAN? KALIAN TAK LEH NAK SALAHKAN RUKUN TETANGGA,BADAN PENGURUSAN MAHUPUN PENGAWAL KESELAMATAN...KERANA KALIAN SEMUANYA BODOH SOMBONG DAN TAK NAK CAMPUR MASYARAKAT....PADAN LAH MUKA KALIAN RUMAH KENA PECAH MASUK OLEH PENCURI..JIRAN TETANGGA PULA TAK NAK TOLONG....INI SEMUA SALAH DIRI KALIAN SENDIRI....AKU MERAYU KEPADA SEMUA PENDUDUK CENDANA MARILAH KITA BERAMAI RAMAI JOINT SEGALA AKTIVITI AKTIVITI KEMASYARAKATAN YANG DI LAKSANAKAN DI CENDANA SAMADA OLEH SURAU,RUKUN TETANGGA ATAUPUN BADAN PENGGURUSAN BERSAMA PANGSAPURI CENDANA....BERKENAL KENAL LAH JIRAN TETANGGA KALIAN DAN AMALKAN SIFAT BANTU MEMBANTU SESAMA KITA...PASTI SEGALA KEGIATAN YANG TIDAK DI INGINI DAPAT DI BENTERAS...AYUH PENDUDUK CENDANA BUKTIKAN BAHAWA KALIAN SEMUA BOLEH LAKUKAN...MALAYSIA BOLEH...CENDANA APARTMENT PUN BOLEH....

Tanpa Nama berkata...

Alamak takde elaun ke?...bagi la makan-makan sket....roti canai kat Q Bistro tu pun sedap jugak kalau pekena pagi-pagi buta...peruntukan dari Jabatan kan ada, gunakan la.. atau suruh Badan Pegurusan Apartment sponsor pakai duit maintainanen...baru la meriah.. ni aku meronda seseorang...orang lain sedap tidur kat atas..pastu yang lagi sedih.. rakan ronda aku tak pi ronda, tapi main dart sampai subuh...orang tu AJK tertinggi Rukun Tetangga Plak tu...INI TIDAK ADIL...

Nak bantu membantu camno, AJK rukun tetangga pun tak pi ronda...sibuk main dart or tidur kat dewan je..Piirahh..

Nak berkenal camno..dah AJK pun bodoh sombong..sibuk layan puak negeri dia je...aku tegur pun diaorang tak layan..camne le aku nak campur camni..

Kalau rumah kena pecah..senang je.. salahkan polis or kerajaan...kalau semua tak nak tanggung jawap