Khamis, 24 April 2008

Penting diri sendiri



Cuba perhatikan sikap dua pemilik motosikal tersebut. Apakah beliau ada memikirkan bagaimana pemilik-pemilik motosikal yang lain sukar untuk keluar-masuk dari dan ke kawasan parking yang tersedia?
Kalau semua penduduk bersikap seperti beliau ini, persoalannya, apakah dia akan senang untuk parking motor-motor mereka?

Senang-senang diconteng


Pandangan ini boleh dilihat di setiap lif-lif di kediaman kita. Malah bukan setakat dilif, sehinggakan di dinding-dinding pun mereka melakukannya.

Dengan begitu mudah mereka hanya mengecop sahaja dimana-mana mereka inginkan bagi tujuan iklan perkhidmatan atau produk mereka.

Apakah harus kita biarkan mereka sewenang-wenangnya menconteng dinding rumah kita? Apakah yang harus dilakukan bagi membenteras hal-hal sebegini?

Sekiranya ia tidak dibenteras, maka serupalah kita membenarkan perkara sedemikian dilakukan sesuka hati mereka.

Apakah bila diding rumah kita sudah seperti tandas awam baru kita ingin bertindak?

Sama-sama kita renungkan.

Selasa, 22 April 2008

SELAMAT BERTEMU

Assallamualaikum dan salam sejahtera kepada semua penduduk Apartment Cendana.
Blog ini diwujudkan adalah bagi tujuan kepentingan dan pembanguan penduduk-penduduk Apartment Cendana ini. Ia adalah merupakan blog bebas dalam kapasiti persendirian. Tidak tertakluk dengan mana-mana pihak samada dari Persatuan Penduduk Apartment Cendana atau pun pihak pemaju.

Sebarang cadangan, teguran, komen, pujian atau sebagainya dari penduduk mahupun pihak-pihak persatuan yang dirasakan dapat sesama penduduk memanafaatkannya adalah amat dialu-alukan. Bagi sebarang maklumat bolehlah di hantarkan ke alamat emel cendana_permaisuri@yahoo.com untuk disiarkan. Foto-foto atau video adalah di terima. Bagaimanapun setiap emel akan ditapis dahulu sebelum disiarkan.

Siapa saya? rasanya tidaklah perlu untuk diketahui. Cukuplah saya berkhidmat dari luar persatuan dan sebagai penduduk biasa yang dapat sama-sama menyumbang untuk pembangunan minda dan persekitaran sesama kita sebagai penduduk Apartment Cendana ini.

Silalah menulis bagi menyumbang pandangan anda. ........