Ahad, 28 September 2008

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI

Blogger ingin mengucapkan "SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI" dan mohon maaf atas segala kelancangan kata dan segala kesilapan sekiranya ada kepada seluruh warga Pangsapuri Cendana. Semoga kita dapat meraikan hari mulia ini dengan lebih tawaduk.

Sedikit pesanan kepada mereka yang balik kekampung agar pastikan semua suiz dimatikan dan rumah berkunci. Sekiranya boleh, maklumkan kepada jiran yang tidak balik ke kampung agar dapat jiran tersebut mendengar-dengar dan memerhati-hatikan keadaan rumah anda. Selain dari itu maklumkanlah kepada pihak polis akan kekosongan rumah anda.

Kepada warga cendana yang tidak balik ke kampung, harap dapatlah kita sama-sama memerhatikan persekitaran agar Pangsapuri kita ini berada dalam keadaan yang selamat.

Kepada anak-anak yang pastinya begitu riang menyambut hari raya ini, agar dapat menjaga keselamatan dan jangan membahayakan diri dengan bermain mercun. Cukuplah dengan hanya bermain bunga api.

Bagi warga cendana yang memandu, harap dapat memandu dengan berhemah, semoga semua selamat sampai ke kampung masing-masing dan meraikan hari mulia ini bersama sanak-saudara.

Akhir kata dari saya semoga kita dapat meraikan hari mulia ini bersama-sama dan kembali semula bersua selepas hari raya nanti.


"Maaf zahir dan batin atas segala kesilapan dan kelancangan bahasa sekiranya ada"


Salam dari saya