Selasa, 29 Julai 2008

Lanjutan Persatuan Vs Badan Pengurusan Bersama

Oleh Nalla :

Lanjutan dari perkara di atas saya telah mengambil anisiatif sendiri berjumpa dengan orang persatuan dan bertanyakan adakah persatuan telah di bubarkan dan di gantikan dengan badan pengurusan bersama? Jawapan yang di dapati adalah benar ..persatuan di bubarkan dan di gantikan dengan badan pengurusan bersama....
Jadi bila di tanya kenapa adalah beberapa alasan yg di berikan ..antaranya ...dua duanya di anggotai oleh org yg sama..bila nak buat pemilihan tak ramai yg datang untuk di pilih...last last lantik org yg sama jugak...
Dalam urusan mencari calon susah kerana tiada sokongan dari penduduk sendiri...jadi bila di fikirkan sendiri adalah benar juga kata kata mereka ini.jadi kita masih bertuah kerana masih ada individu yg sudi membuat kerja ini.sekian ulasan saya yg bukan ajk mana mana ..sekadar memerhati saja.

Ahad, 27 Julai 2008

Persatuan Vs Badan Pengurusan Bersama

Tulisan ini asalnya ditulis oleh dia yang memberikomen dari "Wayar Dipotong".
Bagaimanapun setelah dibaca, saya merasakan ia harus disiarkan sebagai sumbangan pendapat oleh penduduk. Bagaimana pun sipenulis tidak memberi sebarang nama atau nama samaran
.

Bila baca tulisan Nalla ni saya rasa terpanggil utk menulis. Dari cara penulisannya saya pasti nalla adalah salah seorang AJK persatuan atau orang dalam pengurusan baru.

Dari apa yang saya difahamkan, persatuan penduduk telah dibubarkan dan diganti dengan badan pengurusan bersama antara pemaju dan persatuan penduduk.

Apa yang menimbulkan tanda-tanya, kenapakah persatuan dibubarkan. Bukankah dengan persatuan mereka akan lebih bersifat 'independant'. Sekiranya hanya badan pengurusan bersama mewakili penduduk, apa yang dirisaukan ianya akan lebih bersikap "profitable interest" dan pasti akan ada sikap berat sebelah. Dengan itu Persatuan Penduduk adalah amat penting bagi mengimbangi hal-hal kebajikan penduduk. Lebih ditakuti lagi apabila badan pengurusan bersama akan dibayangi oleh orang-orang politik dan berkepentingan. Saya merasakan persatuan penduduk harus dan amat-amat perlu diujudkan kembali.

Sekiranya persatuan penduduk ini diujudkan kembali, saya amat berharap agar ianya diwakili oleh orang-orang yang benar-benar berkelayakan, dan mampu menyumbang idea dan bekerja dengan lebih agresssif dan telus lagi. Janganlah jadi seperti tahun lepas, sehingga kini saya masih lagi tertunggu-tunggu agar penyata akaun persatuan dan aktiviti-aktiviti persatuan ditahun lepas di siarkan di papan kenyataan dan dihantar kerumah tiap ahli satu salinan sekurang-kurangnya.

Janganlah hanya kerana saya atau ahli-ahli persatuan lain yang tidak hadir semasa AGM, hak kami dinafikan. Sebagai makluman bekas-bekas AJK persatuan penduduk kami membayar yuran keahlian dan kami adalah ahli yang sah dan kami berhak mengetahui tiap progress kewangan dan pembangunan persatuan.

Bagi pengurus blog, saya amat menyokong kewujudan blog ini. SYABAS!!!! tidak perlulah anda AJK atau tidak. Apa yang penting adalah agar penduduk mempunyai ruang untuk menyatakan apa yang mereka rasakan. Harus diingat, dalam kesibukan kita sebagai Warga Kota, ruang masa kita amatlah terbatas. Dengan adanya blog ini ia menyediakan ruang terbatas tersebut untuk kami untuk menyumbang.

Saya ingin mencadangkan kepada pengurus blog, bolehkah diadakan suatu ruang undian agar penduduk dapat mengundi samada persatuan patut ditubuhkan semula disamping mereka boleh mencalunkan sesiapa yang mereka rasakan sesuai dan boleh dicalonkan. Dan moga biodata mereka yang dicalonkan dapat disiarkan diblog ini.

SYABAS SEKALI LAGI.
Semoga dapat perhatian.....

Khamis, 24 Julai 2008

Wayar di potong...


oleh Nalla



Sekadar info,

untuk makluman warga cendana ..wayar telefon dalam banggunan di cendana telah di potong yakni di curi....untuk makluman semua ..modus operandi ini telah berleluasa sekarang.wayar telah di potong di tingkat tiga dan tingkat 7 atau 8 ..lepas tu wayar di tarik..untuk di jual...

kejadian telah berlaku di antara 3.00 -5.00 ptg...akibatnya kita penduduk terpaksa membayar kos membaik pulih.kos membaik pulih tidak di tanggung oleh telekom...di mana kita mendapatkan duit untuk membaiki kerosakan ini...?jawapannya adalah dari duit bayaran penyelenggaraan /maintenance bulanankita ...

tetapi berbaloi kita menggunakan wang simpanan kita itu yg tak seberapa ini?....persatuan kita yg menguruskan wang itu tengah pening kepala kerana sikap segelintir kita yg tidak membayar yuran bulalan ini....jumlah tertunggak di anggarkan sebanyak RM200,000.00 kita cuma ada lebih kurang RM9X,XXX.XXdengan duit ini lah kita nak repair lift...dengan duit ini lah kita nak baiki ..pump air kalau rosak....jadi sama sama lah kita bertanggung jawap..dan berhemah..

Khamis, 17 Julai 2008

MAWI DI CENDANA

oleh atie smile :



Ingat ke datang nak buat konsert...ape ke hei nye siang2 datang Cendana. Terkejut lah jugak bila anak bagi tau Mawi nak datang... Almaklum lerr orang fofuler kan? Rupa-rupanya nak berkunjung ke rumah pemenang peraduan Wall's... patut lerr...Ini lah gambar2 yang sempat dirakamkan ari tu.. harap2nya dapat lerr disiarkan di blog cendana. Dapat lerr jadi tatapan sama2. Jangan dok cite pasal masalah je... tak best!! campur2 larr sikit.. macam rojak mamak baru sedap...


Thanks.