Rabu, 3 Mac 2010

Mesyurat Agung akan kembali lagi

Kepada penduduk-penduduk Cendana


Notis panggilan ke mesyuarat agung Badan Pengurusan bersama telah keluar. Semua penduduk di undang untuk menghadiri mesyuarat tersebut. Maka dengan itu saya merasakan penduduk-penduduk boleh memulakan berbincang dengan menggunakan blog ini bagi mengajukan segala idea-idea, cadangan-cadangan, komen-komen atau sebarang komplain.

Pasti saya merasakan para penduduk mempunyai idea, cadangan, komen atau komplain tetapi tidak dapat meluangkan masa untuk mesyuarat tersebut atau ruang yang ada amat terbatas. Setiap kita punya tanggungjawab tersendiri yang memerlukan perhatian yang lebih mendesak.

Nah! peluang telah tersedia. Anda mempunyai sepenuh masa untuk mengajukannya terus dari pejabat, rumah, atau dimana-mana sahaja. 24jam sehari 7 hari seminggu. Dunia sekarang telah tanpa sempadan. Gunakan kecangihan teknologi ini kejalan yang boleh menmafaatkan kita sesama penduduk.

Di ruang blok ini juga anda boleh menyatakan apa sahaja tanpa perlu merasa takut, malu atau rendah diri. Cuma setiap komen anda akan ditapis terlebih dahulu dan komen-komen yang mempunyai bahasa kasar, biadap atau difikirkan tidak bermoral akan diedit terlebih dahulu oleh pengurus blog.

Jadi, selamat meluahkan apa yang anda rasa perlu diluahkan....

Blogger

Selasa, 2 Mac 2010

Panggilan Mesyuarat

Badan Pengurusan Bersama pangsapuri Cendana akan mengadakan Mesyuarat Agong nya yang Pertama bagi membincangkan hal-hal berkaitan Pangsapuri Cendana seperti berikut :

Tarikh : 27 Mac 2010 (Sabtu)
Waktu : 2.00pm-5.00pm
Tempat: Dewan Serbaguna Pangsapuri Cendana


Agenda-agenda yang akan dibincangkan :

1. Ucapan alu-aluan Pengerusi Majlis
2. Ucapan Pengerusi Badan Pengurusan Bersama Pangsapuri Cendana(BPBPC)
3. Pembentangan laporan kewangan (audited account) oleh Bendahari BPBPC
4. Untuk memutuskan sama ada hendak mengesahkan, mengubah atau melanjutkan Insurans.
5. Untuk memutuskan sama ada hendak mengesahkan, mengubah apa-apa amaun (Maintenance Fees) yang ditentukan sebagai caruman kepada kumpulan wang pengurusan.
6. Untuk menentukan atau mengubah bilangan ahli majlis dan memilih ahli majlis

Khamis, 23 Oktober 2008

MAJLIS SAMBUTAN AIDILFITRI 2008


DENGAN ANJURAN BERSAMA
KAWASAN RUKUN TETANGGA CENDANA,
BADAN PENGURUSAN BERSAMA PANGSAPURI CENDANA,
SURAU AT-TAQWA

KAMI DENGAN HORMATNYA MENJEMPUT SELURUH PENDUDUK/PENGHUNI CENDANA APARTMENT KE MAJLIS SAMBUTAN AIDILFITRI YANG AKAN BERLANGSUNG SEPERTI BERIKUT:


TARIKH: 25-10-2008 (SABTU)

MASA : 9.00 MLM - 12.00 MLM

TEMPAT : DEWAN CENDANA


KEHADIRAN TUAN/PUAN PENDUDUK/PENGHUNI CENDANA APARTMENT AKAN MEMERIAHKAN LAGI MAJLIS TERSEBUT.KERJASAMA TUAN/PUAN
UNTUK MEMERIAHKAN LAGI MAJLIS TERSEBUT SANGAT-SANGAT PIHAK KAMI HARGAI DAN DI DAHULUI DENGAN UCAPAN RIBUAN TERIMA KASIH....

DRP: PENGERUSI KRT CENDANA
PENGERUSI BADAN P'GURUSAN
PENGERUSI SURAU AT-TAQWA

Ahad, 28 September 2008

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI

Blogger ingin mengucapkan "SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI" dan mohon maaf atas segala kelancangan kata dan segala kesilapan sekiranya ada kepada seluruh warga Pangsapuri Cendana. Semoga kita dapat meraikan hari mulia ini dengan lebih tawaduk.

Sedikit pesanan kepada mereka yang balik kekampung agar pastikan semua suiz dimatikan dan rumah berkunci. Sekiranya boleh, maklumkan kepada jiran yang tidak balik ke kampung agar dapat jiran tersebut mendengar-dengar dan memerhati-hatikan keadaan rumah anda. Selain dari itu maklumkanlah kepada pihak polis akan kekosongan rumah anda.

Kepada warga cendana yang tidak balik ke kampung, harap dapatlah kita sama-sama memerhatikan persekitaran agar Pangsapuri kita ini berada dalam keadaan yang selamat.

Kepada anak-anak yang pastinya begitu riang menyambut hari raya ini, agar dapat menjaga keselamatan dan jangan membahayakan diri dengan bermain mercun. Cukuplah dengan hanya bermain bunga api.

Bagi warga cendana yang memandu, harap dapat memandu dengan berhemah, semoga semua selamat sampai ke kampung masing-masing dan meraikan hari mulia ini bersama sanak-saudara.

Akhir kata dari saya semoga kita dapat meraikan hari mulia ini bersama-sama dan kembali semula bersua selepas hari raya nanti.


"Maaf zahir dan batin atas segala kesilapan dan kelancangan bahasa sekiranya ada"


Salam dari saya

Selasa, 29 Julai 2008

Lanjutan Persatuan Vs Badan Pengurusan Bersama

Oleh Nalla :

Lanjutan dari perkara di atas saya telah mengambil anisiatif sendiri berjumpa dengan orang persatuan dan bertanyakan adakah persatuan telah di bubarkan dan di gantikan dengan badan pengurusan bersama? Jawapan yang di dapati adalah benar ..persatuan di bubarkan dan di gantikan dengan badan pengurusan bersama....
Jadi bila di tanya kenapa adalah beberapa alasan yg di berikan ..antaranya ...dua duanya di anggotai oleh org yg sama..bila nak buat pemilihan tak ramai yg datang untuk di pilih...last last lantik org yg sama jugak...
Dalam urusan mencari calon susah kerana tiada sokongan dari penduduk sendiri...jadi bila di fikirkan sendiri adalah benar juga kata kata mereka ini.jadi kita masih bertuah kerana masih ada individu yg sudi membuat kerja ini.sekian ulasan saya yg bukan ajk mana mana ..sekadar memerhati saja.

Ahad, 27 Julai 2008

Persatuan Vs Badan Pengurusan Bersama

Tulisan ini asalnya ditulis oleh dia yang memberikomen dari "Wayar Dipotong".
Bagaimanapun setelah dibaca, saya merasakan ia harus disiarkan sebagai sumbangan pendapat oleh penduduk. Bagaimana pun sipenulis tidak memberi sebarang nama atau nama samaran
.

Bila baca tulisan Nalla ni saya rasa terpanggil utk menulis. Dari cara penulisannya saya pasti nalla adalah salah seorang AJK persatuan atau orang dalam pengurusan baru.

Dari apa yang saya difahamkan, persatuan penduduk telah dibubarkan dan diganti dengan badan pengurusan bersama antara pemaju dan persatuan penduduk.

Apa yang menimbulkan tanda-tanya, kenapakah persatuan dibubarkan. Bukankah dengan persatuan mereka akan lebih bersifat 'independant'. Sekiranya hanya badan pengurusan bersama mewakili penduduk, apa yang dirisaukan ianya akan lebih bersikap "profitable interest" dan pasti akan ada sikap berat sebelah. Dengan itu Persatuan Penduduk adalah amat penting bagi mengimbangi hal-hal kebajikan penduduk. Lebih ditakuti lagi apabila badan pengurusan bersama akan dibayangi oleh orang-orang politik dan berkepentingan. Saya merasakan persatuan penduduk harus dan amat-amat perlu diujudkan kembali.

Sekiranya persatuan penduduk ini diujudkan kembali, saya amat berharap agar ianya diwakili oleh orang-orang yang benar-benar berkelayakan, dan mampu menyumbang idea dan bekerja dengan lebih agresssif dan telus lagi. Janganlah jadi seperti tahun lepas, sehingga kini saya masih lagi tertunggu-tunggu agar penyata akaun persatuan dan aktiviti-aktiviti persatuan ditahun lepas di siarkan di papan kenyataan dan dihantar kerumah tiap ahli satu salinan sekurang-kurangnya.

Janganlah hanya kerana saya atau ahli-ahli persatuan lain yang tidak hadir semasa AGM, hak kami dinafikan. Sebagai makluman bekas-bekas AJK persatuan penduduk kami membayar yuran keahlian dan kami adalah ahli yang sah dan kami berhak mengetahui tiap progress kewangan dan pembangunan persatuan.

Bagi pengurus blog, saya amat menyokong kewujudan blog ini. SYABAS!!!! tidak perlulah anda AJK atau tidak. Apa yang penting adalah agar penduduk mempunyai ruang untuk menyatakan apa yang mereka rasakan. Harus diingat, dalam kesibukan kita sebagai Warga Kota, ruang masa kita amatlah terbatas. Dengan adanya blog ini ia menyediakan ruang terbatas tersebut untuk kami untuk menyumbang.

Saya ingin mencadangkan kepada pengurus blog, bolehkah diadakan suatu ruang undian agar penduduk dapat mengundi samada persatuan patut ditubuhkan semula disamping mereka boleh mencalunkan sesiapa yang mereka rasakan sesuai dan boleh dicalonkan. Dan moga biodata mereka yang dicalonkan dapat disiarkan diblog ini.

SYABAS SEKALI LAGI.
Semoga dapat perhatian.....

Khamis, 24 Julai 2008

Wayar di potong...


oleh Nalla



Sekadar info,

untuk makluman warga cendana ..wayar telefon dalam banggunan di cendana telah di potong yakni di curi....untuk makluman semua ..modus operandi ini telah berleluasa sekarang.wayar telah di potong di tingkat tiga dan tingkat 7 atau 8 ..lepas tu wayar di tarik..untuk di jual...

kejadian telah berlaku di antara 3.00 -5.00 ptg...akibatnya kita penduduk terpaksa membayar kos membaik pulih.kos membaik pulih tidak di tanggung oleh telekom...di mana kita mendapatkan duit untuk membaiki kerosakan ini...?jawapannya adalah dari duit bayaran penyelenggaraan /maintenance bulanankita ...

tetapi berbaloi kita menggunakan wang simpanan kita itu yg tak seberapa ini?....persatuan kita yg menguruskan wang itu tengah pening kepala kerana sikap segelintir kita yg tidak membayar yuran bulalan ini....jumlah tertunggak di anggarkan sebanyak RM200,000.00 kita cuma ada lebih kurang RM9X,XXX.XXdengan duit ini lah kita nak repair lift...dengan duit ini lah kita nak baiki ..pump air kalau rosak....jadi sama sama lah kita bertanggung jawap..dan berhemah..